Doaku Hari Ini
Ya Allah saYa mahu jadi Solehah, jadi apakah tindakan saya harus lakukan hari ini?lakukan berubah, jangan fikir manusia kata, fikir AllaH redha Ke tidak?sebelum keluar rumah tengok atas bawah, adakah saya menutup aurat? saya mahu jadi seorang yang berjaya jadi apa harus saya lakukan sekarang?jauhi perkara lagho, pentingkan yang penting dahulu. Ingat orang perempuan bila dah berkahwin nanti taat ALLAH, RASUL, SUAMI, IBUBAPA SUAMI, IBUBAPA SENDIRI DAN KELUARGA, tapi aku masih single jadi SELEPAS AllaH dan RAsUL,IBUBAPA DAN KELUARGA,. YA ALLAH JADIKAN AKU SEORANG WANITA SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT, PENYAYANG, MURAH HATI, SAYANG SEMUA ORANG, permudahkan jodoh pertemuanku dengan lelaki pilihan-Mu untukku
zulaikaomaR OFFICIAL SaYAComel: Walau HanyA in a moment with U

Thursday 29 August 2013

Walau HanyA in a moment with U

 
Hari ni aku cuti. or lebih dikenali restday, dah nak hampir 3 bulan aku praktikal di sushi king. macam-macam benda aku belajar, dan macam-macam benda aku alami. Aku bersyukur  pratikal kat situ sebab elaunnya tinggi malah semua staff ok. hanya kadang-kadang je aku rasa tak puas hati, itu normal lah kan.

Apa yang aku nak hightlight kat sini KISAH cinta SI IKA POYO

Kisah cinta aku mula bermula sejak aku mula minat kat sorang mamat nie. xlah hensem sangat tapi bagi aku dia ada semua ciri-ciri yang aku nak. Malah boleh dikategorikan dia baik. kisah cinta aku ni hanya CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN atau CINTA DALAM DIAM.  aku tak kisah pom sebab aku bahagia cinta dia. Bagi aku tak semua kat dunia ni kita boleh miliki. Betol kata #najwa latif 


Tapi yang menyedihkan, aku boleh tengok dia sekejap je, hanya 2bulan.  31 july 2013 dia pergi meninggalkan aku dengan hati aku penuh hanya sayang kat dia.  Dia semangat aku pergi kerja, rasa kerja-kerja yang aku buat tak membebankan asal aku masih boleh tengok dia. Takdir Allah sapa boleh lawan.  Aku terima pelahan-lahan pemergiannya, nangis jugak lah.  

Kenangan paling aku suke, setiap kali aku buat jatuh gelas or pinggan first orang yang ku padang di sisi aku nampak  dia, yup M.N.S. iya dia selalu ada. dia ada untuk sama-sama bersihkan gelas-gelas yang pecah dan susun pingan yang berterabur, dengan renungan mata dan senyuman comel tu buat aku gila bayang. Aku tahu semua yang dia buat tu hanya tugas sebagai #service leader bukan sebab dia suka aku. haha jangan nak perasan ika!.. and than cara dia yang ringan tulang, ringan mulut bertanye 'buka apa hari ni' walau soalan sama hari,2 hahahaha dan dia jugak selalu happy gudlucky dan longcat gile-gile, buat dia lagi comel.

Aku terharu hari terakhir dia nak resign, dia ajak aku rehat sama, g teman dia dan ali main drum.  haha tengok dia comel je main drum.  walau first main dia agak malu-malu.mata aku tak lepas pandang dia. Comel    sungguh ciptaan tuhan.  sebelum tu aku ada suruh dia beli  #bigapple wat kali terakhir, saje gurau-gurau. Alhamdulillah masa aku balik dari surau aku tengok dia keluarkan duit dari beg duit dia bagi kat ali. dan dia singgah di BIGAPPLE.  walau dia bukan beli specific untuk aku.. tapi itu permintaan aku!.. aku terharu dalam diam..

Ada satu lagi kisah yang agak kelakar bagi aku, aku ni susah nak tegur orang.  ada satu part lah nie, aku di takdirlah bertembung dengan dia di parkir motor. aku buat derk jer just angkat-angkat kening gitu lorhhh! time tue mud penat.  disebabkan motor aku lambat sikit nak hidup bila start motor. aku tunggulah dia pergi dulu. macam orang bodoh jugak lah, dia dengan enjin motor dia dan tengah smoking  (panaskan motor dia) betol-betol belakang motor aku. tunggu punye tunggu tak pergi-pergi. hampir 15 or 20 minit jugak lah..bila aku dah rasa macam orang bodoh berdiri sambil pura-pura main henset, :( aku pom beralah start lah motor yg dah dijangka susah nak hidup.hahaha aku dah jangka dia akan tolong.. dengan lambaian tangan dia tanye knpe? ckplah mmg mcm nie selalu..haha dengan ngada-ngada suh dia hidupkan dan berjaya... aku pom blaahhh! lah haha..namun semuanya tinggal kenangan nazreen.!

Dah hampir sebulan dia pergi, 2 kali jugak dia pergi kat sushi. walau aku sokmo speechless bila berdepan dengan dia, diam seribu kata.  Namun siapa tahu dalam hati bahagia tak terkata.  Sekurang-kurangnya dia ingat aku, dia tegur aku masa kat kaiten, bila kami bertentang mata dia nampak comel sangat-sangat.  Aku tahu dia tahu aku suka kat dia, sebab tu dia tak boleh tengok mata aku lama-lama. tapi aku boleh je tenung dia, hahaha 

Tapi yang aku sangat tahu dia cinta ORANG LAIN.  Sedih tapi aku tumpang bahagia walau kadang-kadang rasa sakit bila tahu yang orang kita suke, suke kat orang lain.  Dari dulu lagi aku tahu yang dia dah berpunya, awek dia sangat-sangat cantik, pandai dia pilih, cantik hensem sama padan.  Aku tak cantik sebegitu, hahaha aku bagai langit dengan bumi lah..

Aku jadi "stalker" yang hebat.  Aku selalu stalk dia di fb. Aku x add dia pom sebab aku lebih suke jadi stalker yang bijak! haha.. cuma aku follow dia kat tweeter. Tu pom ingat dia xaktif kat situ, first aku follow dalam beberape saat je dah dia follow aku balik.. fuh terzzuuut jugak. dia aktif di fb.. tula satu-satu cara untuk aku lepas rindu dan tahu kondisi dia baik-baik saja. 

kami ada jugaklah bermesej-mesej. itu pom ada hal tertentu. Dia ada bagi aku semangat. dan dia ada bagi aku gambar dia, itulah saat-saat bahagia buat aku selepas tragedis yang  malas aku nak huraikan. Dia hadir melupakan aku pada yang pernah hadir sebelum ini yang telah melakar kisah suram dan M.N.S telah mewarnai kembali hidupku. Walau aku tidak dapat hatinya,

Ini present yang paling berharga yang dia berikan!

2keping GAmbar Comel2.




Ya Allah inilah insan Yang aku selalu doakan selain dari keluargaku. Dia yang aku rindukan. Dia jugaklah yang aku inginkan. Namun aku tahu semuanya mimpi dan kini aku terpisah jauh darinya... aku dan dia bagai langit dan bumi.  Hanya cinta aku padanya bagai langit memeluk bintang. begitu tulus. walau dia tidak pernah ingat aku tapi anytime, anywhere u in my memorie.. Salam sayang dan rinduku!. Aku tak pernah menyesal sakit sebab rindu M.N.S (Muhammad Nazreen Shah).  #bila aku rindu aku beli big apple setiap hari rabu dan bulan yang ada 31.



Takkan pernah aku membiarkan diriku melupakan M.N.S

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by ZULAIKAOMAR