Doaku Hari Ini
Ya Allah saYa mahu jadi Solehah, jadi apakah tindakan saya harus lakukan hari ini?lakukan berubah, jangan fikir manusia kata, fikir AllaH redha Ke tidak?sebelum keluar rumah tengok atas bawah, adakah saya menutup aurat? saya mahu jadi seorang yang berjaya jadi apa harus saya lakukan sekarang?jauhi perkara lagho, pentingkan yang penting dahulu. Ingat orang perempuan bila dah berkahwin nanti taat ALLAH, RASUL, SUAMI, IBUBAPA SUAMI, IBUBAPA SENDIRI DAN KELUARGA, tapi aku masih single jadi SELEPAS AllaH dan RAsUL,IBUBAPA DAN KELUARGA,. YA ALLAH JADIKAN AKU SEORANG WANITA SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT, PENYAYANG, MURAH HATI, SAYANG SEMUA ORANG, permudahkan jodoh pertemuanku dengan lelaki pilihan-Mu untukku
zulaikaomaR OFFICIAL SaYAComel: January 2013

Thursday 31 January 2013

never say give up! but what can i do??

Ya Allah yang Maha agung!
seolah-olah malam nie, dunia menghempas di dadaku!
aku buntu, aku kecewa, penat, give up!

thesis aku, aku rase tak ada tujuan,
sekejap yang tuh! pastu yang nie.....
aku tak faham, aku tak faham..

bimbing aku Ya Allah!
aku takot! ketakutan terus menghantui!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 30 January 2013

aku TElAh kAlah!

Ya Allah, Aku gagal memotivasikan diri sendiri,
hidup dengan sifat bertangguh, walau dalam hati hanya Allah je yg tahu, memang tidak tenang,

Aku mohon kepada-Mu moga di kurniakan Hati yang bersih, jauh dari sifat mazmumah..
kesabaran amat perlu untuk aku!,

Walau dunia memandang hina, aku tetap aku, selagi aku masih yakin dengan diri ini, doa tidak putus-putus memohon kekuatan diri agar diberi kekuatan semoga menjadi lebih baik,

walau kadang-kadang aku tidak tetap dengan diri ini, rase berubah-rubah, harini aku rase macam nie, lain pulak esoknya...

terbukti keadaan sekeliling amat memberi pengaruh terhadap diri ini,
aku juga berharap dengan harap yg tinggi agar Allah kurniakan aku sifat yang tetap...

Tiada yang lebih baik selain apa yang telah diatur oleh-Nya,
memang rase tidak senang, namun harus berfikiran positif...

Yakin akan diri! boleh lakukan, harus sedar dari lamunan yang telah lama berlayar dalam diri..
sifat ini tidak dinafikan,memang membebankan.. #tangguh arggghh Ya Allah tolong aku!

sendiri tetap sendiri, memang itu yang terbaik untuk aku, aku tidak pernah mahu pertikaikannya, malah aku Beryukur dan lebih selesa dengan keadaan ini...

saat ini tiada siape pom boleh miliki aku,
aku sendiri dan lebih baik!

akukan puteri gunung ledang,  test tinggi! ain Hawani?? bole la xcantik tp wow!!...kalu nak bercinta ala sekap jarang ohh sowy k!..

maaf pada yang pernah mencuba! aku xmampu hipkritkan diri aku, Aku harus singkirkan cint* itu..
u all not my test!..kite just kawan dan aku tidak mengharapkan apa2..forever!

walau kadang-kadang aku bersifat menghina, maaf bukan niat tapi itulah aku!
sekarang semua dah berlalu

seterusnya..semoga my Hangtuah vs adam mukriz akan muncul dalam alam pekerjaan!
oppsss!!!!!  alaaaa nape topic keluar...change!

hidup memnag indah andai kita pandai hargai!
seperti aku skg! terasa semuanya sempurna! tiada yang kurang!
Allah telah lengakapinya!

apa yang perlu di ubah negatif to positif!! *tangguh* OMA(Ya Alah)....

hand idea! stop & the end!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 22 January 2013

realiti kehidupan

subhanallah!!! tak terasa waktu berjalan, sungguh cepat!, malam nie aku edit questionnaire lagi,untuk kali kedua.

hidup memang tak lari dari rasa sedih, rasa sepi, saya dipinggirkan. rasa hampa dan rasa kecewa, ini perasaan Allah kurniakan yang ada hikmah tanpa kita sedar.

Harapan diri memang tinggi, mahu capai bintang dilangit tapi hanya berada di celah-celah dunia tanpa usaha yang jitu.  bagai mengharap bulan jatuh keriba.

Hadir seorang insan mengantikan yang selama ini adalah yang terbaik, itulah tanda kasih sayang Yang Maha Esa kepada hamba-Nya. tidak membiarkan aku keseorangan.

duit macam air, tapi itulah rezeki Allah yang terlalu banyak untuk aku hitung!! sungguh tak terdaya! apa yang aku perlu hanya bersyukur tanpa putus.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 20 January 2013

pagi yg indah!!

edit my thesis, mata dah blink3,tapi nk tidor jauh sekali!
rasa malas, rasa nak cepat-cepat je buat kerja selalu jadi habitku!
itulah salah satu faktor membuatkan hasil kerjaku macam melepaskan batuk ditangga!
buat kerja lasat minite,issh, aku kena ubah nie,jadikan k.mek mentor, tengok dia,selalu buat kerja diawal-awal.....!
aku nie kena beazam ubah cara aku ni kalau nak berjaya,jangan pandai cakap jer!
satu lagi, aku ni kena belajar cara percakapan yang betol, tidak terlalu pasif dan tidak terlau over aktif.!!
aku harus menjadi diri sendiri, stop!! mahu jadi orang lain, ubah diri kearah kebaikan,...
jujur+amanah+iklhas, walau kadang-kadang payah, tapi Allah selalu lihat niat kitakan...banyakkan berdoa!!! stopp writing!!!!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 13 January 2013

#adam hawa !!!!!!!!!!!!!!!!

alhamdulillah,xtau nk ckap apa, doa aku selama ini Allah telah kabulkan,aku telah berjumpa depan-depan mata dengan actor yg paling aku minat #nadiyanissa, fuhh! bagai xpecaya........10.1.2013 jam 10 pm......kg pandan restoran kari kepala ikan...berhadapan klcc......gathering #adamhawa.......with marlina,wani,waniey n aku,,,,pengalaman yg sungguh indah!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 9 January 2013

yesss berjaya!! download #AH

Ya Allah, ya Tuhanku, alhamdulillah segala puji bagi-Mu, tak dapat aku nak bayangkan perasaan ini,bertapa gembiranya hati,haha seolah-olah satu anugerah yang tak dapat  aku bayangkan, usahaku selama ini hampir ,menjadi kenyataan, Allah telah memakbulkan hasrat aku, akan ku jaga elok-elok cerita ini,sebab nak memilikinya banyak cabaran,apa yang penting ini adalah usaha aku dengan pertolongan yang Maha Esa, aku tak tak kesah apa yang berlaku disekeliling aku pun sekarang, aku hanya dengan perasan berbunga-bunga aku ini, Ya Allah, indahnya rasa,aku harap ia berterusan. Ya Allah permudahkanlah,....
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 7 January 2013

biLIK SaYA zaman 2013

ok..sebenarnya mata ni dah ngantuk sangat, tapi tibe2 lak ada mud nak update blog nie.  ermmm nak mula pom tak ada idea, hehe ok la cerita pasal apa aku buat hari ni.  pagi tadi aku bangun dlm kul 7.30am, lewat sebabnya aku ada tempoh Edah ABC hehe. hari ni ada hari first aku dah start belajar, best sangat-sangat hari ini ditambah pula dengan keceriaan kawan-kawan aku, membuat hariku lebih bermakna, walaupun sebenarnya aku ni ada dugaan sikit,tapi tak apalah aku tak ambik kisah pun, hidup aku sekarang jauh lebih indah dari dulu,entah susah nak cerita in words, but i know what i feel right now. malam tadi rase rajin lak aku pergi la belajar bahsa cina,bajetnyer nak improve la sangatkan,hahaha apalah kawan-kawan aku nie,aku volutile pom nk bace kat depan habis diorang tepuk tangan,entah aku pom tak tahu kaki rase ringan jer,but aku happy jer takde niat lain pun. tukar topik la pulak......................cerita pasal blik aku la,title pun dah tulis pasal bilikkan
 ermmm gambar kat bawah nie,nie lah gambar suasana bilik aku, hehe mesti aku rindu nanti,tinggal berapa bulan lagi aku kat sini, sebenarnya aku tak sabar da nak habis belajar nie, selalu la berangan-rangan nak pegang jawatan tinggi,konon la,tapi aku selalu berdoa moga Allah berikan aku perkerjayaan dapat menjamin masa depan aku. hanya pada-Nya aku berharap..


cantikakan haha persan la,hehe yang penting kemas & buat runting harianku tak serabut.


hehe ni bantal pooh kesayangan aku,banyak benda telah menjadi kesayangan aku,benda-benda yang bersama aku,semua aku sayang,aku jaga elok-elok,maklumlah susah nak dapatkan..


  nie bear kesayangan aku,ermm namanya aku nak tukar lah, namanya #adam hawa hehe comel je kan macam tuan dia haha perasan !!!, nama lame dia macam tak sesuai jer, rase nama baru ni lagi bermakna. ishhh kipas pom ada jugak, tu la nyawa aku kat sini,lau tak ada bneda tu,haha tak boleh tidor aku nie,maklumlah permaisuri kipas...ishh macam ada something jer kat screen laptop aku tu, nampak sangatkan tengah layan cerita #adamhawa, apa taknye,mase famous k=giler citer nie,aku lak minat giler kat #ain Hawani _nadiya nissa...dah jadi favourte aku da....hehe

makanan kat hujung katil aku ni,membuat aku rase macam dduk dalam ward hospital,haha,yela makan,tidor,iron baju semua atas satu tempat jer...apa-apa pun aku bersyukur apa kurniaan-Nya padaku semua rasa amat complete..Terima kasih Ya Allah.....

makanan tapau aja ye si permaisuri nie, rasenyer makan tapau ag jimat kot dari banyak aspek,lagi pun aku bukan makan bnyak pun sehari...jimat kos tenaga...hehe tapi bukan malas ye, just aku tak ada kemudahan smue tu,nak beli pun da last sem,malas da kumpul harrta,so aku decide just every day just makan tapau ye..


 NOTE TANGANKAKI:: buat diri ini yang aku sangat sayang, teruskan tabahnya dengan apa yang diberikan oleh-Nya,ingat semuanya adalah yang terbaik untuk diriku,ignore apa orang nak kata..ingat cita cita nak pakai PESONA sebelum umur 25tahun,so kena usaha lebih sikit ye...k
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 4 January 2013

alhamdulillah,segala puji bagi Allah,tuhan yang maha pemurah lagi Maha pegasih, aku telah selamat sampai di seremban 1/1 lepas dihantar oleh abg syed, kini bermulalah ruting harian ku sebagai pelajar. apa-apa pom aku berharap semua berjalan dengan lancar, aku dah bersedia menempuh segala yang sudah tersurat sejak azali lagi,kini aku sedang jalalninya dengan hati terbuka .

 hidup ini memang banyak cabaran yang perlu kita tempuhi, kadang-kadang dugaan tu sama je dengan orang lain, tapi cara je yang berbeza, sungguh tuhan tu Maha penyayang, Dia tak akan bagi apa yang kita tak mampu.  aku harus kuat tempuhinya demi segulung ijazah..yup demi segulung ijzah & harapan keluarga tresayang,

entahlah,nak cerita pun payah, tapi tulah,hehe hati rasa bahagia jer, terasa tiada satu pun masalah, alhamdulillah aku bersyukur, apa yang ku rasa kini ialah, satu kebebasan yang tidak mampu aku gambarkan,knape erkk....dengan hadirnya kawan-kawan yang setia padaku,dari sejak pekenalan. haaah!! baru aku ingat, adakah kebahagian ini yang ku rasakan ada kena mengena dengan result aku erk, ermmm tak sangka aku dapat 3.22 alhamdulillah Ya Allah terasa ingin sujud kepada, tapi aku dalam ABC..

okey,untuk hari seterusnya,aku berharap aku terus kuat hadapinya dengan senyuman yang tak akan pudar  dari bibirku ini. Ya Allah, aku bersyukur sangat apa yang Engkau berikan padaku ini.  kau berharap aku mampu untuk menghargainya.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by ZULAIKAOMAR