Doaku Hari Ini
Ya Allah saYa mahu jadi Solehah, jadi apakah tindakan saya harus lakukan hari ini?lakukan berubah, jangan fikir manusia kata, fikir AllaH redha Ke tidak?sebelum keluar rumah tengok atas bawah, adakah saya menutup aurat? saya mahu jadi seorang yang berjaya jadi apa harus saya lakukan sekarang?jauhi perkara lagho, pentingkan yang penting dahulu. Ingat orang perempuan bila dah berkahwin nanti taat ALLAH, RASUL, SUAMI, IBUBAPA SUAMI, IBUBAPA SENDIRI DAN KELUARGA, tapi aku masih single jadi SELEPAS AllaH dan RAsUL,IBUBAPA DAN KELUARGA,. YA ALLAH JADIKAN AKU SEORANG WANITA SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT, PENYAYANG, MURAH HATI, SAYANG SEMUA ORANG, permudahkan jodoh pertemuanku dengan lelaki pilihan-Mu untukku
zulaikaomaR OFFICIAL SaYAComel: March 2013

Friday 22 March 2013

Mula-MuLA Impian SahajA (Jodoh)

BIla Aku berbicara tentang jodoh, Aku sering tertanya-tanya siapakah lelaki itu, disaat sujud terakhirku sering ku panjatkan doa pada pententu Jodohku, agar aku bertemu jodoh yang baik, agar arah tuju hidupku dipandu dengan Mencari Redhanya.  Saat ini aku sangat bersyukur dengan limpah Kurnia-Nya hidupku semakin baik dan mungkin esok adalah hari-hari yang lebih baik dari hari ini.

Ya Allah aku sedar dan aku tahu aku adalah manusia yang sentiasa lemas dalam kehidupan dunia, lemas dengan pelbagai keseronokkan dunia yang melalaikan, namun Ya Allah hati kecil ini sentiasa resah gelisah memikirkan nasibku dihari-hari seterusnya, bagaimanakah imanku, akidahku, iktiqadku adakah masih dalam Redha-Mu? Oleh itu tuntulah aku ke jalan yang benar.  Aku sebagai insan biasa yang tidak lepas dari dosa memohon keampunan dosaku.  

Setiap manusia yang dilahirkan itu telah tercatat REZEKI, JODOH, MAUT, AJAL, di lutmahfuz sana.  Dsini suka aku gembarkan vidio faverite aku : hehe indahnya jodoh yang telah ditetapkan :) Wacth Tau!




Ok lah Bersastera sangat bosan jugakkan, haha ok out of bersastera

Malam nie saje nak ngada-ngada sikit.  Nak post pasal angan-angan aku sebagai perempuan biasa dan normal.  Yeah setiap perempuan dah dewasa macam aku nie memang dan pasti ada perasaan nak kawinkan?? so biasalah dalam adat melayu Setiap perempuan  itu perlu melalui proses merisik, bertunang, akad nikah, majlis resepsi, dan tadddaaa hahaha waktu bulan madu! wah dah rasa bahagia dah bila buat entry ini :) .kehkehkeh (malu laaaa). 




wah macam betol je erk hahaha.  xsalah-xsalahkan haha, mungkin hari ini hanya post kosong, wait! one day its are reality. in Sha Allah.


Inilah cincin idaman aku, cantikkan.  Lebih cantik jika disarungkan di jari manisku.



Cantik pattern baju nie, kelihatan moden dan elegen. 


Pasangan sweet tapi bukan nak mention pasangan nie tapi colour baju tu, it my Favorited colour. peace cantik dan menawan  


haha tak ada idea nak buat panjang entry, mungkin bukan saatnya lagi kot aku nak beria-ia dalam tajuk nia, haha nanti betol-betol baru ada feel dan idea bernas-bernas k, sabar dan tunggu .






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 19 March 2013

Pagiku ceria Dengan Asma ul-Husna

 
Alhamdulillah Ya Allah, aku masih dikurniakan nafas untuk bernafas dan menjalani hidupku hari ini sebagai pelajar, adik, ibu saudara, anak, hamba kepada yang Maha pencipta serta sebagai kawan.  
PEace!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 13 March 2013

love bear!..


13/3/2013 Hanya tarikh, dan waktu ini akan berlalu pergi, alhamdulillah hari-hariku semakin indah, yeah keep on smiling and have a nice day.  Mahu cerita pengalaman hidup sebagai pelajar sem akhir ni and i'm senior hahaha ceawah belagak sikit...  HAhaha ini hanya pengalaman aku, mungkin orang lain jauh bezanya, saat ini aku hanya fikir nak beli sebuah kereta (Pesona 1.6) haha kelakar bukan, wah bila keluar jalan-jalan dengan ina,kaklong,and wani aku  selalu pandang kereta yang lalu lalang,siap dalam hati pilih-pilih lagi.  dan bila tengok blaus cantik-cantik haha mula la berangan satu hari nanti aku pakai,ishh tak pakai la baju kurung nie, kononnya la kan. Tapi takpe sekurang-kurangnya aku ada impian mungkin Allah kabulkan.

WAJAH-WAJAH CERIA









 

Setiap manusia yang dilahirkan Allah telah tetapkan takdir yang terbaik untuk mereka!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 9 March 2013

dunia baru!

Dalam pada waktu ini, hati aku cukup senang, bila bersama keluarga tercinta, melayan kerenah anak buah yang pelbagai ragam.  Ya Allah ku titipkan doa dan ku serah sebulat-bulatnya setiap urusanku kepada-Mu, Engkau perelokklah perangai dan niat hatiku setiap hari agar dijauhkan sifat mazmumah.

Rasa dalam hati tidak pernah putus menghitung sisa-sisa baki pembelajaranku di kolej teknologi alpha, disini aku  belajar erti banyak perkara,  yang pasti ia lebih mematangkan aku.

saat aku bahagia, aku tahu siapa disisi
saat aku sedih aku tahu siapa disisiku
saat aku perlukan bantuan dan aku tahu siapa disisiku

  "sedih,pilu,suka,duka sukar digambarkan dalam erti kata penulisan, hanya dalam hati yang tahu"

Niat untuk sambung MBA berkobar-kobar sekarang hahaha, Tapi niat untuk penuhi poket lagi membara, aku perlu membuat keputusan yang tepat agar jalan yang akan kujalani  lebih terasa tenang!. 

 
Selagi aku bisa menulis, selagi ada audio yang boleh memotivasikan aku, selagi aku masih mampu memabaca buku dan yang pasti selagi Allah sentiasa ada untukku, langakahku tidak akan pernah goyah, walau dunia sedang menghina, mengcaci, dan merendahkan aku kerana aku tahu itu hanya sebuah 'perkataan dan ungkapan' yang negative yang mampu ku ubah menjadi positive dan yang pasti ia menjadi pembakar semangatku!! INGAT ini
  • orang tenang selalu menang
  • hanya orang bermasalah banyak masalah
  • ignore manusia negative
  • senyum!
  • hentikan mengkritik, mengutuk, mengeluh,!
  • Tanamkan pengharapan pada Allah 100%

SAYA TAHU SAYA ADA IMPIAN
SAYA TAHU SAYA MAMPU CAPAI IMPIAN SAYA
SAYA TAHU SAYA PERLU BERTINDAK SEKARANG 

"ZULAIKAOMAR 31090"



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 4 March 2013


Apa yang aku rasa ni sekarang?  mengapa aku perlu sedih? Ya Allah jauhi aku dari merungut serta mengeluh dengan dugaan-Mu ini, kuatkan aku!

Menangis, merintih, merayu, siapa mahu dengar itu semua, usahlah, hentikan ika!! kuatkan semangat, orang hanya mahu melihat engkau jatuh tersungkur, mungkin saat itu, itulah kemenangan baginya,

Ya Allah, tidak kusangka semua ini terjadi kepada aku, Kemana perginya keiklhlasan manusia itu? kenapa manusia itu begitu materialistik?

ok: tips daripada Prof Dr Muhaya :
  • Jangan mengharap Orang Boleh selasai masalah kita, guna kaber paling Agung iaitu Allah, Doa dan yakin.
  • Hentikan Keluh kesah!
Esok insyAllah Aku lebih kuat:
Aku Mampu jadi lebih baik:
Aku mampu:

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 3 March 2013

tersimpul Rapi!


Ya Allah dimanakan harus ku adukan setiap luka di hati ini? Ya Allah, hukum kamarkah ini? andai begitu ku pasrah terima semua ini.  Saat ini hanya mampu mengukir senyumam yang belum pasti ada keindahannya, ku melangkah demi sebuah harapan.

Setiap baris kata-katanya masih terngiang-ngiang di fikiran, sehina itukah aku? Ya Allah ampunkan aku, Dosaku terlalu banyak pada-Mu.  Andai ini jalan yang Engkau pilih untukku, Jalan yang membawa aku ke arah redha-Mu, kuatkan hatiku Ya Allah.

Patutkah aku mencatat semua ini dalam kamus hidup ku? sesuatu yang cukup menjatuhkan aku. Hidup atas dasar budi orang akhirnya terungkit semua, membuat aku sebagai manusia biasa, begitu kecewa, bukan kecewa sebab ungkitan itu, tapi kecewa dengan diriku sendiri, hidup menyusahkan orang lain.

Mahu menitis air mata memikirkan semua ini,  maafkan aku wahai teman.kerana hadir dalam hidupmu, menjadi racun yang cukup berbisa.  Aku akui, aku tidak termampu untuk membalas setiap jasamu, kerana tidak terhitung olehku semua yang telah engkau taburkan, sedang aku hanya menyusahkan hidupmu, sungguh tidak adilkan?






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

weekend


weekend yang membosankan, tidur jer memanjang..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 2 March 2013

kubersimpuh!

 

silapku terlalu besar, maafkan aku, terima kasih atas kehinaan itu,  Ya  Allah tunjukkan kesilapanku. Maaf sebab hadir dalam hidupmu, maaf sebab pernah menyusahkanmu dan maaf sebab Tidak pernah kenang  jasa budi baik mu.   


Ya Allah kuatkan hatiku,
aku tidak tahu apa yang baik,
dan apa yang burukkan untuk aku,

ku bersimpuh atas bumi-Mu,
peliharalah tutur kataku!

Ya Allah ku hanya mampu berdoa,
berilah yang terbaik untukknya,
Engkau balaslah jasanya kepadaku,
jangan Engkau kurangkan sedikit pom pahalanya..

berilah aku satu kekuaatan!

aku terima seadanya TAKDIR-MU

selagi Allah bersamaku,
selagi Aku Mampu menulis,
dan selagi sebelum 30 april 2013
 
aku terus bertahan..
silent please and do the hard work!

keep smile!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 1 March 2013

i'm ZULAIKAOMAR




Ya Allah, adakah aku makin jauh dengan-Mu?, apakah yang aku utamakan dalam hidup ini, aku keliru, Tutur langkah diri ini kian goyah, hati dan perasaan menjadi celaru, pendirian menjadi tidak tetap, sekejap ini, sekejap itu, haaaah aku geram dengan diri sendiri.

Terasa diri serba kekurangan, rasa malu, rendah diri kian ketara, Aku harus menjadi seorang yang tenang, sebab aku perasan diri ini seolah-olah serba serbi  mahu cepat-cepat,adakala kelam kabut di buatnya, dek kerana itu kadang-kadang hasil kerja ku menjadi  tunggang langgang, mahu dipandang pun terasa sakit mata.

Aku sedang muhasabah diri, moga hari esok aku mampu untuk menjadi lebih baik, aku mahu jadi seorang yang simple.  Dalam meniti hari, aku sebagai pemerhati, melihat lagak manusia, kadang-kadang mereka menjadi inspirasi, semangat mereka, kerjaya mereka, gerak geri mereka sering ku perhatikan ada masa aku memuji dalam diam, dalam pada itu ada juga yang kurang senang, hah! terus timbul umpatan dalam hati...astarfirullah!..

NoTa UntuK K.A.W.AN : 

kawan,
 Engkau menyinari hidup,
tidak penah jemu olehmu untuk berada disisi,
aku begitu happy saat bersama denganmu,

kau pengubat luka,
kau penghibur lara,

kawan,
Jangan pernah ada rasa jemu itu ya!,
aku suka bersamamu,
sepi gundah gulana kian kabur,
sukar duka dikongsi bersama,


Aku sedar, aku bukan kawan yang baik untuk semua orang, namun setiap hari aku cuba untuk jadi yang terbaik,walau kadang-kadang aku terkandas dari landasan menjadi sendiri, hanya untuk melihat kamu selesa denganku, aku tidak mengharapkan pembalasan,  aku sentiasa ada saat kamu mahukan teman, Hadirnya kamu disisi membuatkan aku rasa bertuah!.... 



Bila saat aku kelihat begitu pasif, 
bila keadaanku kelihatan begitu sepi,
aku hanya mampu tunduk diam menyepi,
ku hanya mampu mengukir sebuah senyuman,

Harapan tinggi melangit!
kejayaan sentiasa menjadi impian

I have a dream!
...i can touch a star, when i never give up to go on... 




 
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by ZULAIKAOMAR