Doaku Hari Ini
Ya Allah saYa mahu jadi Solehah, jadi apakah tindakan saya harus lakukan hari ini?lakukan berubah, jangan fikir manusia kata, fikir AllaH redha Ke tidak?sebelum keluar rumah tengok atas bawah, adakah saya menutup aurat? saya mahu jadi seorang yang berjaya jadi apa harus saya lakukan sekarang?jauhi perkara lagho, pentingkan yang penting dahulu. Ingat orang perempuan bila dah berkahwin nanti taat ALLAH, RASUL, SUAMI, IBUBAPA SUAMI, IBUBAPA SENDIRI DAN KELUARGA, tapi aku masih single jadi SELEPAS AllaH dan RAsUL,IBUBAPA DAN KELUARGA,. YA ALLAH JADIKAN AKU SEORANG WANITA SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT, PENYAYANG, MURAH HATI, SAYANG SEMUA ORANG, permudahkan jodoh pertemuanku dengan lelaki pilihan-Mu untukku
zulaikaomaR OFFICIAL SaYAComel: i'm ZULAIKAOMAR

Friday, 1 March 2013

i'm ZULAIKAOMAR




Ya Allah, adakah aku makin jauh dengan-Mu?, apakah yang aku utamakan dalam hidup ini, aku keliru, Tutur langkah diri ini kian goyah, hati dan perasaan menjadi celaru, pendirian menjadi tidak tetap, sekejap ini, sekejap itu, haaaah aku geram dengan diri sendiri.

Terasa diri serba kekurangan, rasa malu, rendah diri kian ketara, Aku harus menjadi seorang yang tenang, sebab aku perasan diri ini seolah-olah serba serbi  mahu cepat-cepat,adakala kelam kabut di buatnya, dek kerana itu kadang-kadang hasil kerja ku menjadi  tunggang langgang, mahu dipandang pun terasa sakit mata.

Aku sedang muhasabah diri, moga hari esok aku mampu untuk menjadi lebih baik, aku mahu jadi seorang yang simple.  Dalam meniti hari, aku sebagai pemerhati, melihat lagak manusia, kadang-kadang mereka menjadi inspirasi, semangat mereka, kerjaya mereka, gerak geri mereka sering ku perhatikan ada masa aku memuji dalam diam, dalam pada itu ada juga yang kurang senang, hah! terus timbul umpatan dalam hati...astarfirullah!..

NoTa UntuK K.A.W.AN : 

kawan,
 Engkau menyinari hidup,
tidak penah jemu olehmu untuk berada disisi,
aku begitu happy saat bersama denganmu,

kau pengubat luka,
kau penghibur lara,

kawan,
Jangan pernah ada rasa jemu itu ya!,
aku suka bersamamu,
sepi gundah gulana kian kabur,
sukar duka dikongsi bersama,


Aku sedar, aku bukan kawan yang baik untuk semua orang, namun setiap hari aku cuba untuk jadi yang terbaik,walau kadang-kadang aku terkandas dari landasan menjadi sendiri, hanya untuk melihat kamu selesa denganku, aku tidak mengharapkan pembalasan,  aku sentiasa ada saat kamu mahukan teman, Hadirnya kamu disisi membuatkan aku rasa bertuah!.... 



Bila saat aku kelihat begitu pasif, 
bila keadaanku kelihatan begitu sepi,
aku hanya mampu tunduk diam menyepi,
ku hanya mampu mengukir sebuah senyuman,

Harapan tinggi melangit!
kejayaan sentiasa menjadi impian

I have a dream!
...i can touch a star, when i never give up to go on... 




 
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by ZULAIKAOMAR