Doaku Hari Ini
Ya Allah saYa mahu jadi Solehah, jadi apakah tindakan saya harus lakukan hari ini?lakukan berubah, jangan fikir manusia kata, fikir AllaH redha Ke tidak?sebelum keluar rumah tengok atas bawah, adakah saya menutup aurat? saya mahu jadi seorang yang berjaya jadi apa harus saya lakukan sekarang?jauhi perkara lagho, pentingkan yang penting dahulu. Ingat orang perempuan bila dah berkahwin nanti taat ALLAH, RASUL, SUAMI, IBUBAPA SUAMI, IBUBAPA SENDIRI DAN KELUARGA, tapi aku masih single jadi SELEPAS AllaH dan RAsUL,IBUBAPA DAN KELUARGA,. YA ALLAH JADIKAN AKU SEORANG WANITA SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT, PENYAYANG, MURAH HATI, SAYANG SEMUA ORANG, permudahkan jodoh pertemuanku dengan lelaki pilihan-Mu untukku
zulaikaomaR OFFICIAL SaYAComel: Aku DalAm waktu itu!

Tuesday, 26 February 2013

Aku DalAm waktu itu!

Dalam aku sebagai manusia melayari hidup saban hari, pelbagai ragam manusia aku temui, kekadang buat diri terasa rendah diri, namun adakalanya rasa bersyukur timbul dalam diri dek ada kelebihan yang di Kurniakan Ilahi.
Gerak geri ku atur begitu rapi, susun atur kata ku jaga, kadang-kadang ada yang tersimpul, namun dek kelemahan diri ini hanya mampu senyum dan bertahan, ku biar kemahuan orang diselilingku dipenuhi, walau dalam hati tersempit kepedihan dan keperitan namun kususuli dengan niat ingin memupuk keikhasan agar Ilahi memandang kedalam hati.
Aku ingin menjadi seperti bunga, bisa membuat orang suka bila melihatnya, dan bisa juga menjadikan hati gembira, cantik dipandang dan harum juga bila dihidu.  Tidak pernah menyakiti orang lain.  Ku harap Redhai Ilahi sentiasa menemani ku dalam setiap nafas yang ku hela.  Ku simpan Hasrat dihati, ku belai harapan yang tinggi, ku Menanti sesuatu yang bisa mengubah segala-segalanya.
Sesuatu saat Yang aku sentiasa menanti tanpa jemu, cukuplah wahai diri dari keluh kesah yang tiada bertepi.  Sunyi sepi, gundah gulana, jika disulami dengan kesabaran suatu saat nanti pasti di ganti dengan sesuatu yang lebih indah. Tiada duka kalau bukan kita sendiri yang cipta, tiada bahagia jika kita cuba hindarinya, Tiada sesuatu yang kekal di dunia.  Tiada manusia yang memilih jalan untuk derita, tiada senang jika tidak disusuli dengan kepayahan.  

Andai Waktu Itu Aku

andai bisaku ulang waktu hilang dan terbuang 
andai bisaku perbaiki segala yang terjadi
pasti akulah Yang Paling sempurna,
oleh dek kerana waktu itu tidak bisa diulang 
Allah sediakan pelbagai jalan untuk kita terus melangkah menjadi lebih baik
dan perbaiki segala yang telah tercalar.

Peluang Taubat Terbentang luas, Peluang Berjaya masih terbuka
ketuk jiwa, selami hati
celik mata, reset minda



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by ZULAIKAOMAR