Doaku Hari Ini
Ya Allah saYa mahu jadi Solehah, jadi apakah tindakan saya harus lakukan hari ini?lakukan berubah, jangan fikir manusia kata, fikir AllaH redha Ke tidak?sebelum keluar rumah tengok atas bawah, adakah saya menutup aurat? saya mahu jadi seorang yang berjaya jadi apa harus saya lakukan sekarang?jauhi perkara lagho, pentingkan yang penting dahulu. Ingat orang perempuan bila dah berkahwin nanti taat ALLAH, RASUL, SUAMI, IBUBAPA SUAMI, IBUBAPA SENDIRI DAN KELUARGA, tapi aku masih single jadi SELEPAS AllaH dan RAsUL,IBUBAPA DAN KELUARGA,. YA ALLAH JADIKAN AKU SEORANG WANITA SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT, PENYAYANG, MURAH HATI, SAYANG SEMUA ORANG, permudahkan jodoh pertemuanku dengan lelaki pilihan-Mu untukku
zulaikaomaR OFFICIAL SaYAComel: tersimpul Rapi!

Sunday, 3 March 2013

tersimpul Rapi!


Ya Allah dimanakan harus ku adukan setiap luka di hati ini? Ya Allah, hukum kamarkah ini? andai begitu ku pasrah terima semua ini.  Saat ini hanya mampu mengukir senyumam yang belum pasti ada keindahannya, ku melangkah demi sebuah harapan.

Setiap baris kata-katanya masih terngiang-ngiang di fikiran, sehina itukah aku? Ya Allah ampunkan aku, Dosaku terlalu banyak pada-Mu.  Andai ini jalan yang Engkau pilih untukku, Jalan yang membawa aku ke arah redha-Mu, kuatkan hatiku Ya Allah.

Patutkah aku mencatat semua ini dalam kamus hidup ku? sesuatu yang cukup menjatuhkan aku. Hidup atas dasar budi orang akhirnya terungkit semua, membuat aku sebagai manusia biasa, begitu kecewa, bukan kecewa sebab ungkitan itu, tapi kecewa dengan diriku sendiri, hidup menyusahkan orang lain.

Mahu menitis air mata memikirkan semua ini,  maafkan aku wahai teman.kerana hadir dalam hidupmu, menjadi racun yang cukup berbisa.  Aku akui, aku tidak termampu untuk membalas setiap jasamu, kerana tidak terhitung olehku semua yang telah engkau taburkan, sedang aku hanya menyusahkan hidupmu, sungguh tidak adilkan?






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by ZULAIKAOMAR